Liga Super 2016 | Pahang vs Kelantan

Liga Super 2016 | Pahang vs Kelantan

Saingan Liga Super 2016 telah pun masuk minggu ke lapan dengan menyaksikan pasukan Tok Gajah masih bergelut untuk mengumpul mata berharga dalam setiap perlawanan yang berlangsung. Dengan menurunkan barisan pemain utama seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini, Tok Gajah bermula garang dengan melakukan asakan demi asakan ke atas kubu pertahanan Kelantan. Percubaan terbaik hadir pada minit ke 5 perlawanan, tetapi berjaya diselamatkan penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat. Tok Gajah tersentak dengan jaringan gol daripada pemain import Dramane Traore pada minit ke 9, meletakkan Kelantan didepan dengan 1 gol mendahului Pahang. Pahang meneruskan asakan ke atas gawang gol Kelantan, dan jaringan terhasil pada minit ke 13 melalui Dalibor Volas. Pada minit ke 23, Pahang hampir-hampir mendahului perlawanan apabila percubaan Fauzi Roslan sedikit tersasar daripada gawang gol Kelantan. Dalibor Volas sekali lagi berjaya menjaringkan gol menewaskan Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke 30, tetapi dibatalkan oleh pengadil perlawanan akibat offside. Usaha Tok Gajah untuk mendahului pasukan pelawat berhasil apabila German Pacheco berjaya meledakkan gol sebelum tamat separuh masa pertama.

Bermula separuh masa kedua, Tok Gajah tampil garang dengan melebarkan kedudukan dengan jaringan Faisal Rosli pada awal separuh masa kedua, meletakkan Pahang selesa mendahului 3-1. Blazhe Ilioski menjaringkan gol hasil sepakan penalti yang dihadiahkan kepada pasukan pelawat pada minit ke 55. Kelantan yang masih segar dengan kejayaan mengikat JDT 2-2 dalam perlawanan sebelum ini meneruskan permainan dengan asakan padu dan berjaya mengikat kedudukan 3-3 hasil jaringan Khairul Izuan menewaskan penjaga gol Pahang. Minit terakhir perlawanan, German Pacheco sekali lagi meledakkan gol untuk menidakkan keputusan seri dilaman sendiri. Pahang menang 4-3 ke atas Kelantan.

HOGOH3!!!!