Piala Malaysia : Pahang ditangga kedua, mara ke suku akhir!

Piala Malaysia : Pahang ditangga kedua, mara ke suku akhir!

Keputusan perlawanan pada malam ini menyaksikan pasukan Pahang terpaksa berkongsi mata bersama pasukan Pulau Pinang apabila kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan seri 0 0. Pahang yang tampil agak garang pada awal babak pertama menyaksikan percubaan Matias Conti (m6′) menerusi sepakan percuma tepat ke dakapan penjaga gol Pulau Pinang, Sani Anuar.

Pulau Pinang juga tidak mudah tunduk kepada asakan Tok Gajah apabila pemain mereka hampir-hampir membuka tirai jaringan seawal minit ke 10′ perlawanan bermula.Kubu pertahanan Pulau Pinang kembali di uji pada minit ke 35′ menerusi hantaran lintang yang kemas dari pemain sayap Pahang, Saarvindran, namun gagal disudahkan dengan sempurna oleh Dickson Nwakaeme.

Tamat separuh masa pertama, Pahang 0 Pulau Pinang 0.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan masih bertenaga untuk memburu gol pendahuluan bagi memimpin perlawanan pada malam ini. 5 minit separuh masa kedua bermula, Pahang berjaya menyumbat gol pertama menerusi R Gopinathan hasil tampanan tidak kemas penjaga gol Pulau Pinang. Namun begitu, gol tersebut dibatalkan pengadil perlawanan, Samsudin Ibrahim, akibat daripada kedudukan Gopinathan yang telah pun offside. 

Pahang melakukan dua pertukaran pemain bagi memperkemaskan lagi taktikal perlawanan yang diatur oleh ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan, dengan mengeluarkan R Gopinathan (diganti Azammuddin Akil) dan Saarvindran (diganti Faizal Abd Rani) . Pada minit-minit akhir perlawanan, satu lagi pertukaran dilakukan oleh pengendali Tok Gajah dengan mengeluarkan Aziz Ismail dan Shahrizan Salleh dimasukkan bagi mengisi kekosongan posisi bek kiri.

Pengadil perlawanan memberikan 2 minit masa tambahan, namun, kedua-dua pasukan tidak mampu untuk menjaringkan sebarang gol. Tamat perlawanan, Pahang 0 Pulau Pinang 0.

Untuk pengetahuan penyokong-penyokong, Pahang akan bertemu Lions XII dalam saingan suku akhir nanti. Tampak sukar, tetapi tidak mustahil untuk dilakukan. Doa kami, semoga Tok Gajah terus melebarkan saingan hingga ke final TM Piala Malaysia 2015. HOGOH PAHANG HOGOH!!!

Leave a Reply