Zainal Mahu Teruskan Kecemerlangan

Zainal Mahu Teruskan Kecemerlangan

PENGENDALI TOKGAJAH , Zainal Abidin Hassan mahu anak didiknya terus mempamerkan aksi bertenaga dan konsisten bagi mengekalkan rentak kemenangan .

tm-phg-png-4

Walaupun sudah melayakkan diri ke Suku Akhir TM Piala Malaysia , Zainal percaya hanya tiga mata mampu menjamin kedudukan mereka untuk terus kekal sebagai peneraju kumpulan .

“Lawan bukan calang-calang pasukan dan agak sukar berdasarkan rekod sebelum ini namun saya letak sasaran menang perlawanan ini.

tm-phg-png-1

“Kita akan terus berusaha memastikan 3 mata menjadi kenyataan,” katanya.

“tiada lagi kesilapan mudah yang boleh mengundang padah dan perlu dielakkan oleh pemain berikutan beberapa aksi sebelum ini gol lawan diperolehi akibat kelekaan pertahanan.”

tm-phg-png-2

Pada perlawanan tempoh hari di Stadium Shah Alam, Pahang melakar kemenangan 3-0 ke atas pasukan bawahan liga, Polis Diraja Malaysia (PDRM), sekaligus menempah slot suku akhir.

tm-phg-png-3

Leave a Reply