Liga Super : Kejutan Tok Gajah

Liga Super : Kejutan Tok Gajah

Liga Super pusingan kedua diteruskan dengan pasukan Sime Darby melayan kunjungan pasukan Tok Gajah di Stadium MP Selayang. Pada separuh masa pertama, Tok Gajah dikejutkan dengan gol awal tuan rumah hasil jaringan pemain import mereka, Marko Perovic. Selang 3minit kemudian, Marko sekali lagi menambah kedukaan Tok Gajah apabila berjaya menjaringkan gol kedua tuan rumah, juga merupakan gol kedua peribadi dalam perlawanan malam ini. Ketinggalan 2 gol, Tok Gajah meneruskan asakan ke arah kubu pasukan lawan dan 1 gol cantik terhasil daripada tandukan pemain pertahanan Tok Gajah, Damion Stewart pada minit ke 30′. Lewat separuh masa pertama,Alex dikeluarkan akibat kecederaan dan Fauzi Roslan dibawa masuk oleh Zainal Abidin Hassa. Tamat separuh masa pertama, Sime Darby mendahului dengan 2 gol berbalas satu.

Bermula babak kedua, Tok Gajah masih ketinggalan 1 gol walaupun beberapa asakan dan percubaan dilakukan ke arah pintu gol Sime Darby. Matias Conti berjaya mengikat kedudukan apabila menjaringkan gol pada minit ke 59′ akibat daripada keadaan kelam kabut dihadapan pintu gol pasukan tuan rumah. Umpanan Dickson Nwakaeme kepada Matias Conti ternyata berhasil dengan jaringan ketiga Pahang pada minit ke 68′. Sime Darby terus dihukum apabila Dickson sekali lagi memainkan peranan dengan membantu Fauzi Roslan untuk gol yang keempat Pahang.

Tamat permainan, Sime Darby 2 Pahang 4.

Penjaring: Marko Perovic(m10′,m13′), Damion Stewart(m30′), Matias Conti(m59′,68′), Fauzi Roslan(m74′)

HOGOH PAHANG HOGOH!!!

Leave a Reply