Tok Gajah berputih mata di Kota Baharu

Tok Gajah berputih mata di Kota Baharu

Hasrat pasukan Pahang untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA berkecai apabila tewas kepada pasukan Kelantan 3-1 ( agregat 4-3) semalam.

Pada aksi di Kota Baharu, Kelantan meraih jaringan pembukaan menerusi Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ke-17 selepas menyambar hantaran silang daripada Wan Zack Haikal Wan Nor.

Pemain sayap Pahang, R. Gopinathan bagaimanapun menyamakan kedudukan untuk skuad ‘Tok Gajah’ pada minit ke-57 selepas menyudahkan hantaran daripada Dickson Nwakaeme.

Kemasukan penyerang import dari Nigeria, Austin Amutu pada pertengahan babak kedua nyata mengubah rentak permainan Kelantan selepas beliau meledak dua jaringan pada minit ke-75 dan masa kecederaan babak kedua perlawanan bagi mengesahkan tiket final menjadi milik skuad ‘The Red Warriors’.

Terdahulu, Pahang terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah penyerangnya, Azamuddin Mohd Akil menerima kad merah daripada pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri kerana dikatakan menyiku Wan Zack Haikal pada minit ke-33.

Ulasan
Ini lah lumrah dalam bola sepak, jika kita tidak mengambil peluang, pasukan lawan akan menghukum kita. Hampir semua tahu betapa banyaknya peluang gol yang pasukan Pahang lepaskan ketika aksi separuh akhir pertama, dan malam ini, kita terpaksa berputih mata apabila pasukan lawan menggunakan kesempatan yang ada untuk menewaskan kita.

Dalam perlawanan tadi, pasukan Pahang terlalu banyak melakukan kesilapan, baik dari barisan jurulatih dan juga pemain. Dengan jadual yang padat, pasukan sepatutnya sudah tahu apa yang patut dilakukan. Ketika ketinggalan, pemain terus hilang focus. Bila perlawanan terikat 1-1, Zainal melakukan kesilapan apabila memasukkan pemain penyerang untuk menahan asakan. Bukan menidakkan keupayaan Koji, namun ramai penyokong tahu bagaimana prestasi beliau ketika ini.

Bagi pasukan Kelantan, mereka tahu betapa sukarnya menembusi benteng pertahanan ketika aksi di Kuantan. Jadi, buat kali ini, taktik mereka untuk menyerang dilewat perlawanan ketika rata-rata pemain Pahang akan mula rasa keletihan. Dengan Pahang kekurangan seorang pemain, ia sekaligus memudahkan pasukan mereka untuk mengasak kubu pasukan Pahang. Hasilnya, mereka Berjaya mendapatkan gol diminit-minit kecederaan.

Diharapkan kekalahan ini member pengajaran berguna kepada pasukan. Ada 3 kejuaraan lagi yang boleh diburu, dan jangan sesekali leka dengan kejayaan lalu. Sentiasa bergerak kehadapn dan dahagakan kejayaan, itu lah ciri-ciri pasukan juara.

HOGOH PAHANG HOGOH!

Leave a Reply